Monday, 5 December 2011

Jangan lari dari kesedihan dan penyesalan

MENGAPA HARUS BERSEDIH?
Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi semua masalah dan cabaran?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka tidak layak untuk hidup dimuka bumi ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu di dunia Ini.

MENYESAL
Inilah manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mereka terlalu tamak akan mengejar nafsu dunia sehingga terlena segala yang ada dimuka bumi ini tidak akan kekal, begitu juga dengan CINTA. Adakalanya kita terlupa untuk menghargai seseorang yang sangat tulus mencintai, seseorang yang sanggup menerima kekurangan dan kelebihan kita. Tetapi apabila kita kehilanganya barulah kita terasa seperti telah hilang sesuatu yang amat berharga dan amat mnyesal dengan apa yang dilakukan. Tapi sayang, tindakan yang dilakukan sudah tidak bermakna lagi dan akhirnya kau menyesal.

No comments:

Post a Comment