Friday, 24 October 2014

Kelip-kelip

Seperti kehidupan, kita haruslah menjadi kelip- kelip yang memberi cahaya dikala dalam kegelapan, ada kalanya kita berada dalam kesenangan tapi janganlah sesekali kita lupa suatu hari nanti kita juga berada dalam kegelapan ataupun masalah, dimasa itulah kita perlukan seseorang untuk kita meluahkan segalanya, dan disitulah kita perlukan cahaya. Oleh itu jadilah kelip-kelip yang sentiasa menyinari kehidupan orang...

Thursday, 1 March 2012

LOVE STORY

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...
Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin iaakan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorangsetelah ia mulaimenyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

Tuesday, 7 February 2012

Mampukah kita bertemu
Menyambung ikatan terlerai
Mengubah sebuah rindu
Yang kian terbiar sepi
Sedangkan di jiwa ini
Dibohongi kesangsian
Yang membunuh keyakinan
Antara kau dan aku
Bertemu lagi mampukah kita
Menghulur lalu sambut kemesraan
Menghiris hatiku yang terluka
Menghembus titisan embun kasih
Pada harapan nan kegersangan
Sedangkan kita terlalu jauh
Dipisahkan oleh kebencian
Terpisah oleh kemarau kasih
Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling merindui
Mengapa menipu diri sendiri
Membiar curiga menguasai
Biarkan keegoan beremosi
Sedangkan kita saling menyayangi

Friday, 9 December 2011

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dada? Itu bukan CINTA, itu SUKA. Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan CINTA, itu NAFSU.
.Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahuia ada di sana? Itu bukan CINTA, itu KESEPIAN. Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan CINTA, itu KESETIAAN.
.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan CINTA, itu BELAS KASIHAN. Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan CINTA, itu TERGILA-GILA.
.Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan CINTA, itu PERSAHABATAN. Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan CINTA, itu DUSTA.
.Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan CINTA, itu KEMURAHAN HATI.

Monday, 5 December 2011

Jangan lari dari kesedihan dan penyesalan

MENGAPA HARUS BERSEDIH?
Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi semua masalah dan cabaran?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka tidak layak untuk hidup dimuka bumi ini. Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu di dunia Ini.

MENYESAL
Inilah manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mereka terlalu tamak akan mengejar nafsu dunia sehingga terlena segala yang ada dimuka bumi ini tidak akan kekal, begitu juga dengan CINTA. Adakalanya kita terlupa untuk menghargai seseorang yang sangat tulus mencintai, seseorang yang sanggup menerima kekurangan dan kelebihan kita. Tetapi apabila kita kehilanganya barulah kita terasa seperti telah hilang sesuatu yang amat berharga dan amat mnyesal dengan apa yang dilakukan. Tapi sayang, tindakan yang dilakukan sudah tidak bermakna lagi dan akhirnya kau menyesal.

KEJADIAN ITU PASTI ADA, WALAU DIMANA KITA BERADA, BEGITU JUGA DENGAN SOALN, PASTI ADA JAWAPNYA.


APA YANG PALING DEKAT DENGAN KITA DIDUNIA INI?
MATI-sebab mati itu pasti, mati itu sudah janji Allah s.w.t  setiap yang bernyawa pasti akan mati.
APA YANG PALING JAUH DARI KITA DI DUNIA INI?
MASA LALU- walau bagaimanapun hebat sekalipun kita, kita tidak boleh kembalikan kepada masa lalu kita , oleh itu kita perlu menjaga hari ini dan hari yang akan mendatang dengan perbuatan yang sesuai dengan agama. Kaya manapun kita tidak akan dapat kembalikn masa lalu kita.
APA YANG PALING BESAR DIDUNIA KITA INI?
NAFSU-oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri kita ke lembah neraka.
APA YANG PALING BERAT DIDUNIA INI?
MEMEGANG AMANAH-manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaaan Allah s.w.t  sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanah.
APA YANG PALING RINGAN DI DUNIA INI?
MENINGGALKAN SOLAT-gara-gara Keletihan dengan tugasan seharian kita meninggalkan solat.
APA YANG PALING TAJAM DIDUNIA INI?
LIDAH- kerana dengan kata-kata  manusia mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.

Thursday, 10 November 2011

diciptakan oleh seorg gadis.

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA, kamu jadi seperti KELAPA, mudah diperoleh, diparut,diperah, diambil santannya, lepas itu hampasnya dibuang

KEDUA, Kamu menjadi sebutir MUTIARA, berada di dasar lautan, tersimpan rapi, dilindungi kulit, bukan senang nak lihat, apa lagi mendapatkannya, hanya orang yang bertuah dapat memperolehnya :)